"Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan anda di ruang iklan mazidulakmal.com selagi tidak melanggar syarat dan etika pengiklanan di laman web saya. Kami akan review terlebih dahulu perniagaan dan link anda seterusnya menghubungi anda untuk tindakan selanjutnya."-Saudara Mazidul Akmal Sidik (Pemilik Web Mazidulakmal.com)
Sekiranya kedua belah pihak setuju dan anda ingin membuat pembayaran, anda boleh bookmark laman ini untuk pembayaran selanjutnya. Atau klik sini untuk maklumat pembayaran atau pertanyaan. PERHATIAN, kerja-kerja pembuatan dan muat turun banner ke laman web mazidulakmal.com berkuatkuasa hanya setelah pembayaran dibuat dan disahkan -Saudara Sabil Mokhtar (admin)
Terma dan syarat:
Terma Pengiklanan:
-
Sebelum tampalan iklan dibuat, kami akan memeriksa terlebih dahulu saiz compression banner anda agar saiznya tidak keterlaluan. Ini penting supaya laman web Bersama Mazidul tidak mengambil masa muat turun (loading) yang lama. Jika terlalu besar, kami akan edit semula atau kerja edit dilakukan oleh pihak anda sendiri (pengiklan yang menggunakan banner sendiri).
-
Pastikan link ke laman web anda aktif dan berfungsi jika anda mempunyai server simpanan kepada banner anda sendiri, Walaubagaimanapun kami juga menyediakan ruang penyimpanan untuk banner anda melalui server kami percuma untuk pengiklan. anda hanya perlu email banner atau jpg/gif anda kepada kami mengikut saiz yang ditetapkan seperti tertera di atas.
-
Kami cuba meminimumkan animasi iklan untuk Zone A dan Zone C supaya tidak mengganggu pembaca-pembaca blog. Zone B tiada masalah kerana ia adalah JPG/GIF statik, Kami mengutamakan maklumat dan informasi yang dapat membantu trafik pembaca ke laman web perniagaan anda.
-
Iklan yang telah tamat tempoh jika tidak diperbaharui pada tempoh tertentu akan ditamatkan dan dibuka kepada pengiklan lain.
-
Kandungan dan imej banner perlulah mengikut garis panduan sebagai Rakyat Malaysia yang bermoral, tidak ada unsur-unsur perkauman, sebarang imej lucah atau imej seksual keterlaluan (kecuali unsur perubatan moden atau tradisonal yang melibatkan seks tidak keterlaluan dibenarkan), serangan politik, unsur-unsur serangan peribadi, DAN jika didapati berlaku sedemikian, kami akan membatalkan penyertaan anda.
-
Disebabkan ruang terhad, kami memperuntukkan satu ruang untuk satu jenis iklan supaya dapat memberi peluang kepada pengiklan lain. Walaubagaimanapun kami membenarkan satu syarikat dengan 2 jenis perkhidmatan berbeza untuk beriklan.
-
Jika anda tiada link ke laman web atau blog, anda boleh meletak contact info pada banner seperti email, alamat atau nombor telefon ( kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemungkinan yang boleh berlaku kepada pengiklan seperti panggilan palsu atau sebagainya )
Terima kasih semoga penjelasan ini dapat membantu kemusykilan atau sebarang soalan berbangkit berhubung ruang pengiklanan di Mazidulakmal.com . Diharap dengan ini, dapat meningkatkan trafik ke laman web serta perniagaan anda..
Maklumat pembayaran
Ke laman web Mazidulakmal.com / Journalismaya / Jom libur |
|